KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM10,000 yang dijatuhkan ke atas seorang anggota polis kerana meminta serta menerima rasuah RM100 daripada seorang lelaki berhubung rim tayar motosikal.
Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Norul Ezwan Nasir, 38, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 19 Mei 2022.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Syaheera Rosli, yang mewakili Norul Ezwan, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.
Dalam penghakimannya, Ahmad berkata keterangan perayu di peringkat pembelaan adalah penafian semata-mata dan tidak disokong oleh mana-mana dokumen.
"Tiada sebab untuk mahkamah ini mengganggu sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu, rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman ditolak," katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen pada 2021 telah melepas dan membebaskan Norul Ezwan daripada kedua-dua pertuduhan selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi yang memerintahkan anggota polis itu membela diri.
Pada 19 Mei 2022, Norul Ezwan dihukum penjara 10 tahun dan denda RM10,000 selepas Mahkamah Sesyen mendapati dia bersalah.
Tertuduh kemudian memfailkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu.
Dia didakwa meminta dan menerima RM100 daripada Ahmad Syafiq Ahmad Sahrul sebagai dorongan untuk menyerahkan semula rim tayar yang telah dirampas kerana disyaki barang curi di Tingkat 6, Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Travers di sini pada 5 Okt 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Norul Ezwan Nasir, 38, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 19 Mei 2022. - Gambar hiasan
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kecederaan terhadap Allahyarham Zulfarhan tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan mereka menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.